Rabu, 25 April 2012

Penggunaan 'Dari' dan 'Daripada'

Tidak semua orang yang berbahasa Melayu tahu menggunakan perkataan 'dari' dan 'daripada' dalam ayat mereka

DARI
- Kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa

M - Masa
A - Arah
T - Tempat

MASA

Contoh - Kami akan membuat projek Sains dari jam dua petang hingga jam empat petang

ARAH

Contoh - Kawan saya, Hamid, tinggal jauh dari sekolahnya

TEMPAT

Contoh - Banyak pelajar yang berasal dari negara lain dapat keputusan yang baik dalam Singapura

DARIPADA
- Kata sendi nama 'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang, perbandingan dan asal kejadian.

B - Bandingan
O - Orang
S - Sumber

BANDINGAN

Contoh - Lukisan Akidnah lebih cantik daripada lukisan Niduzzi.

ORANG

Contoh - Hsakiv mendapati hadiah daripada ibubapanya kerana dapat keputusan yang terbaik dalm kelas.

SUMBER

Contoh - Orang Egypt tidur atas katil yang dibuatkan daripada batu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan