Rabu, 25 April 2012

Cara Menulis Surat Rasmi


Guru saya, Puan Ida, mengajar kelas saya tentang format penulisan surat rasmi dan cara menulisnya. Dengan dapat banyak ketahuan tentang cara menulis surat rasmi, saya mahu berkongsi ketahuan saya dan doakan kamu akan dapat banyak manfaat dari catatan-catatan yang saya taip di bawah.
Format penulisan surat rasmi:

TNNTNPPPPT

1) Tarikh

2) Nama Pengirim

3) Nama Penerima

4) Tajuk Surat

5) Nama Pengadap

6) Perenggan pertama ( 1-2 ayat = Tujuan menulis )

7) Perenggan kedua ( isi pengenalan masalah )

8) Perenggan ( isi = isi surat dan huraian dan contoh )

9) Penutup Surat

10) Tanda Tangan

Semua 10 perkara ini mesti boleh dilihat dalam surat kamu.
Saya akan memberi contoh surat rasmi

Contoh Soalan: Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terturus. Orang ramai tidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.
Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat,MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.

Contoh Jawapan:

28 Mac 2012

Ali Bin Samad
BLK 123 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 123456

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran Dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Dengan sampah dibuangkan di atas kerusi MRT, banyak orang tidak boleh duduk kerana kerusi MRT itu kotor.







Saya harap tuan/puan akan melakukan sesuatu untuk memperbaikan keadaan MRT

Dengan ikhlas,
Ali Bin Samad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan