Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negeri 5 Menara

Baso Salahuddin

Watak yang saya paling suka dalam novel ini ialah watak yang selalu membawa Al-Quran dengannya ke mana-mana dia pergi iatu Baso Salahuddin.Dia seorang yang mahu menghafal Al-Quran dan saya suka perangainya untuk belajar bersungguh-sungguh dan ada kemahuan untuk menghafal Al- Quran itu.Walaupun dia pendek, saya rasa banyak pelajar di Pondok Madani berasa kagum dengannya disebabkan memori fotografis mereka dan juga Bahasa Arabnya yang fasih.Walaupun watak kegemari saya ini perlu meninggalkan Pondok Madani, saya rasa dia memilihkan perbuatan itu yang baik kerana dia mahu menjaga neneknya sambil menghafal Al-Quran di kampungnya.

Sebab-sebab saya suka watak ini ialah kerana dia mengikuti istilah "Man Jadda Wajada" dan saya rasa untuk dapat kemahuan untuk menghafal Al-Quran ialah perkara yang sangat susah. Saya tahu ini kerana saya pun mahu menghafal Al-Quran dan rasa perkara ini sangat susah. Selepas saya membaca tentang watak ini, saya ada lebih kemahuan untuk menghafal Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan